TENTANG KAMI

KEPUASAN ANDA AMANAH KAMI

TRAVEL AGEN YANG DIPERCAYAI

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 pada 04 Ogos 2008 dengan nama DNK TRAVEL & TOURS SDN. BHD sebelum menukar namanya kepada SHUKRAN TRAVEL & TOURS SDN BHD pada 26 September 2018. Syarikat ini adalah sebuah syarikat persendirian dan syarikat berhad menurut syer.

Shukran Travel Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 6511). Syarikat ini juga merupakan ahli kepada BUMITRA MALAYSIA (BM445).

Syarikat kini telah mula mengorak langkah bersama pengurusan baru dipimpin oleh pengarah urusan yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan umrah, haji & pelancongan antarabangsa. Disamping memiliki kakitangan yang cekap dalam bidang masing-masing, syarikat juga memiliki mutawif-mutawif yang boleh dipercayai. Mutawif-mutawif ini akan diberikan latihan khusus secara berterusan dari semasa ke semasa.

Di samping itu, syarikat juga menganjurkan kursus-kursus umrah dan haji secara percuma kepada orang awam di seluruh Malaysia. Masjid Kampung Kubang Ikan merupakan lokasi tetap yang menjadi pilihan orang ramai bagi mengikuti kursus umrah intensif yang dijalankan pada setiap hari Jumaat bermula pada jam 8.30 pagi. Aktiviti ini merupakan salah usaha pihak syarikat bagi membimbing bakal-bakal tetamu Allah dalam mempelajari dengan lebih mendalam hal-hal yang berkaitan ibadah umrah daripada ustaz dan ustazah yang bertauliah. Semoga segala usaha daripada pihak kami ini diberkati Allah S.W.T.

VISI

Menjadi agensi umrah dan haji serta pelancongan global yang bertaraf antarabangsa berteraskan ilmu dan sunnah.​

MISI

Menyediakan kursus haji dan umrah berdasarkan kurikulum yang berkualiti dan diiktiraf.

Membangunkan kurikulum pelancongan bermatlamatkan ilmu dan ibadat melalui penyediaan buku-buku panduan yang lengkap.

Menyediakan perkhidmatan yang profesional dan layanan yang terbaik dengan harga yang kompetetif.

PERKHIDMATAN KAMI

kursus dan latihan kepada mutawif secara berterusan

kursus umrah intensif secara percuma

pakej umrah dan ziarah

pakej pelancongan ke luar negara mesra muslim

PENGURUSAN VISA

TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA

TEMPAHAN PENGANGKUTAN DALAM DAN LUAR NEGARA

TEMPAHAN HOTEL DALAM DAN LUAR NEGARA

WAKIL SYARIKAT DI LAPANGAN TERBANG

SIJIL PENGIKTIRAFAN

BOARD OF DIRECTOR

MOHD SHUKRI BIN ALI

PENGARAH

ROSLAN BIN YUSOF

PENGARAH

MUSTOFA BIN KAMARUDIN

PENGARAH

ALIAS BIN
NGAH

PENGARAH

KAKITANGAN

MOHD HAFIZA BIN ALI
 

FINANCE & HUMAN RESOURCE

MUHAMMAD HANIF BIN AHMAD
 

DESIGNER

AMINUDDIN BIN MUDA

MARKETING

KHADIJAH YASMIN BINTI IBRAHIM

OFFICE SECRETARY
Scroll to Top